Saturday, November 17, 2018

1.1 Apa Itu Diari?

1.1 Apa itu diari?

Diari dikenali sebagai buku catatan harian. Diari adalah barang peribadi yang tidak boleh dibaca oleh orang lain kerana ia menyimpan rahsia yang sangat sulit mengenai diri kita. Namun, apa itu diari produktif? Diari produktif adalah diari yang boleh mendorong kita melakukan sesuatu kebaikan dan boleh menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik dari semalam. Diari seperti ini wajar dikongsi dengan semua orang.

Kenapa diari penting dalam kehidupan kita?
Ia umpama rekod bertulis untuk kita sentiasa perbaiki prestasi kehidupan kita dari hari ke sehari. Jika zaman dulu, setiap peristiwa dicatat sebagai peristiwa sejarah dan menjadi dokumentari untuk diambil pelajaran oleh manusia di masa depan yakni sekarang.

Kalau pernah melihat cerita detektif atau penyiasatan, cara cepat untuk menghabiskan episod cerita penyiasatan adalah dengan menjumpai buku catatan peribadi mangsa untuk menjejaki dalam sesuatu insiden yang tidak meninggalkan petunjuk.

Planner Vs Diari
Planner lebih kepada perancangan aktiviti, diari pula lebih kepada coretan yang kita nak catat mengenai usaha dan cabaran kita dalam melaksanakan perancangan kita. Dalam erti kata lain, kita perlukan diari dan planner dalam hidup kita.

Tanpa planner kita pening untuk memikirkan apa lagi aktiviti nak buat hari ini, atau pun kita merasa banyak sangat perkara belum selesai tetapi tidak tahu mana nak buat dulu. Tanpa diari pula kita akan lupa yang kita pernah hidup semalam.

Diari dan Al-Quran
Ada satu persamaan antara diari dan Al-Quran, iaitu digunakan untuk melihat dan merenung ibrah dalam peristiwa yang sudah berlaku. Namun, konsep yang ingin saya ketengahkan ialah, menggunakan diari sebagai alat bantu untuk mencatat dan mentadabbur Al-Quran dengan sistematik dan konsisten.


Dalam diari kita bebas mencatat apa sahaja. Tidak kisahlah diari kita dalam bentuk kertas atau aplikasi. Sebagai Muslim, mengapa tidak kita jadikan Al-Quran sebagai perkara wajib yang ada dicatat dalam diari kita? Sebelum membaca Al-Quran, ada beberapa adab yang mesti dijaga.











Biodata Penullis 30 Hari Mencari kehidupan

 Biodata Penulis: Ummu Saifah nama pena kepada Siti Azimah Binti Rupilen, anak perempuan kepada pasangan bahagia, En Rupilen @Rafle Naiman d...