Wednesday, September 30, 2020

Biodata Penullis 30 Hari Mencari kehidupan

 Biodata Penulis:


Ummu Saifah nama pena kepada Siti Azimah Binti Rupilen, anak perempuan kepada pasangan bahagia, En Rupilen @Rafle Naiman dan Pn. Hanidah Wahip. Anak ke-3 dari 12 bersaudara.

Penulis menulis e-Book 'Menanam Rutin Al-Quran' ini mengembangkan lagi sayap dengan menulis sebuah novel kehidupan yang bakal menjadi pedoman kepada mereka yang merasa 'kehilangan arah tuju' dalam kehidupan. Mehnah dan tribulasi hidup adalah satu laluan yang mewarnai hayat insan. Tanpanya, mampu menjadikan diri meragui tujuan hidup. Namun, setelah melaluinya seringkali ada yang berputus asa kerana terjatuh dalam lubang. Hanya mereka yang berusaha mencari jalan keluar dari lubang itu akan dapat meneruskan perjalanan hidup.


Wednesday, December 19, 2018

Ulasan Pembaca

Ulasan 1

Al-Quran sebagai panduan utama umat Islam, kitab suci dan kompas kepada kehidupan, sangat perlu dijadikan pendamping utama setiap muslim.

Menerusi e-book ini, penulis berkongsi cara untuk kita melazimi Al-Quran dalam aktiviti seharian melalui panduan jalinan sinergi antara penulisan diari dengan ta'amul maal quran.

Antara topik yang diketengahkan dalah Diari Produktif Al-Quran, Disiplin Rutin Al-Quran, Strategi Istiqamah, Panduan Ibu Bapa dan Mendorong Anak.

Turut dikongsikan panduan jenis-jenis mushaf Al-Quran, cara bersahabat dengan Al-Quran dan adab asas ketika membaca Al-Quran.

Saya tertarik dengan topik Catatan Segera, iaitu dengan menggunakan sticky note untuk mencatat ayat Quran yang menarik minat kita untuk ditadabbur dan difahami dengan lebih mendalam. Ada masanya kita hanya sempat membaca ayat dan terjemahan sahaja tetapi tidak begitu memahami makna di sebalik ayat tersebut. Jadi tujuan sticky note tadi adalah untuk memudahkan kita merujuk kembali dan membuat catatan lanjut tentangnya.

Indahnya jika kita dapat menjadikan Al-Quran sebagai peneman setia setiap hari. Itulah antara tujuan e-book ini ditulis, semoga yang membacanya dapat meningkatkan kefahaman dan kecintaan terhadap Al-Quran dengan menanam rutin dan disiplin untuk membacanya.

Ulasan oleh Hifzaila Hafni, penulis e-book Kuasai Asas Suntingan (
www.kuasaiasassuntingan.blogspot.com)




Ulasan 2

Masya-Allah. Tabarak-Allah. Selepas membaca e-book Menanam Rutin Al Quran, saya merasakan perlu menghafal Al Quran sedaya upaya saya. Menjadikan Al Quran sebagai darah daging. Al Quran yang diturunkan kepada manusia umat Nabi Muhammad penuh keberkatan dari Allah. Alangkah ruginya jika saya melepaskan peluang ini. Melihat contoh-contoh penghafaz Al Quran dari sebuah rancangan dokumentari yang disebut di dalam e-book ini membuatkan diri insaf dan malu kepada Allah. Ya. Saya juga menangis seperti penulis sewaktu menonton dokumentari tersebut. 

E-book ini menguatkan lagi hasrat diri yang mahu anak-anak mencintai dan menjadikan Al-Quran sebagai rutin bacaan, memahami, mengambil pengajaran, menghafaz dan mengajarkannya juga kepada orang lain.

Ulasan oleh Faridah Yusof, penulis e-book Mendorong Anak Membaca (http://mendoronganakmembaca.blogspot.com)


Thursday, December 13, 2018

Ulasan E-Book Pesona Ibu Bahagia

Tajuk: Pesona Ibu Bahagia
(http://pesonaibubahagia.blogspot.com/)



Penulis: Noorasyida binti Shaid


Ibu adalah insan yang sangat besar peranannya dalam mendidik anak-anaknya di rumah. Tidak kira mereka bekerja atau hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Tanggungjawab itu tidak akan berpindah ke bahu seorang bapa dalam norma kehidupan yang normal.

Bersediakah anda menjadi ibu yang bahagia? 

Ebook ini merungkai kehidupan seorang ibu bahagia dan memberikan panduan-panduan berguna untuk mereka yang bakal dan sudah menjadi ibu. Menguruskan rumah tangga kadangkala menyebabkan kita rasa anak sebagai bebanan.

Sudah tiba masanya kita mengubah cara pandang kita terhadap anugerah tidak ternilai besarnya daripada Allah ini iaitu cahaya mata kita. Anak-anak akan menjadi penyambung keturunan kita kelak. Cara didikan kita akan menentukan bagaimana keadaan generasi kita akan datang.

Mereka juga adalah orang yang diharapkan membaca doa untuk kita setelah kita meninggal dunia kelak. Mereka juga yang kita harapkan akan menguruskan jenazah kita.

Semua itu bermula dengan cara didikan kita terhadap mereka yang diantaranya bakal dibaca dalam ebook ini. Nikmatilah keindahan ketika menjadi ibu, kerana tidak semua orang berpeluang menjadi seorang ibu di dunia ini. 





Ulasan oleh: Siti Azimah Binti Rupilen

Penulis e-book Menanam Rutin Al-Quran (https://menanamrutinalquran.blogspot.com/)

Ulasan E-book Strategi Belajar Ulul Albab

E-book: Strategi Belajar Ulul Albab (https://strategiululalbab.blogspot.com/)
Penulis: Mahfuzah Mohammed Zabidi.

Ilmu pengetahuan adalah satu alat untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Allah SWT menganugerahkan kepada kita ilmu supaya dapat menjalankan fungsi sebagai khalifah Allah dengan baik.

Sumber ilmu adalah Al-Quran Al-Karim. Mahu tidak mahu, kita mesti menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama sebelum mengambil ilmu-ilmu daripada teori barat dan ahli falsafah kuno. 


Menerusi ebook ini, penulis berkongsi cara untuk kita melihat ilmu dari kata mata Al-Quran dan mendorong kita untuk menjadi seorang muslim yang benar-benar menghayati konsep ubudiyah kepada Allah di samping menjalankan kegiatan harian sebagai seorang pelajar.

Semua orang sesuai untuk memiliki dan membaca buku ini kerana kita semua manusia yang memerlukan ilmu dalam kehidupan.


Turut dikongsikan panduan untuk ibu bapa mendidik anak-anak selari dengan kehendak Al-Quran. Sebenarnya buku ini sangat baik untuk dibaca bersama ebook saya 'Menanam Rutin Al-Quran supaya penerapan nilai Al-Quran dalam hidup lebih komprehensif.



Semoga yang membacanya akan dapat hikmah-hikmah belajar dengan lebih luas konsep pemahaman tentang ilmu. Bukan semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan dalam dunia tapi juga untuk dapat mengenal Allah SWT sebagai Pencipta kita. Itulah matlamat tertinggi ilmu  dari sudut pandang Al-Quran.




Ulasan oleh: Siti Azimah Binti Rupilen
Penulis e-book Menanam Rutin Al-Quran (https://menanamrutinalquran.blogspot.com/)

Ulasan E-book Mendorong Anak Membaca

Tajuk: Mendorong Anak Membaca (http://mendoronganakmembaca.blogspot.com)
Penulis: Faridah Binti Yusof

Ulasan ebook kali ini mengenai satu teknik mengajar anak untuk membaca. Sebenarnya kan membaca ini adalah kemahiran asas yang mesti dikuasai oleh anak-anak agar dapat mengikuti pembelajaran yang sempurna.

Di sekolah rendah, murid yang tidak boleh membaca dengan baik akan diletakkan dalam kelas Linus. Kelas ini akan memberikan latihan yang khas untuk mengatasi kesukaran membaca dalam kalangan murid yang terbabit.

Dengan ebook ini, kita boleh mendorong anak kita untuk minat membaca seawal umur tadika  lagi. Banyak aktiviti yang dicadangkan di dalam ebook ini yang kita sendiri tidak pernah cuba untuk diaplikasikan kepada anak kita.

Boleh saya katakan, bagi mereka yang ingin membuat home schooling, banyak teknik yang kita boleh ambil di dalam ebook ini. Dapatkan ebook ini untuk memastikan anak anda tidak tergolong dalam senarai pelajar Linus tahun hadapan!

Ulasan oleh: Siti Azimah Binti Rupilen
Penulis e-book Menanam Rutin Al-Quran (https://menanamrutinalquran.blogspot.com/)

Amaran



Amaran

1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara https://menanamrutinalquran.blogspot.com/

2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau Menjual Ebook ini kepada pihak lain.


3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.


4. Oleh itu, hendaklah melaporkan kepada pihak admin sekiranya menerima ebook ini tanpa melalui https://menanamrutinalquran.blogspot.com/

5. Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan sebegini.


6. Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkan dunia dan akhirat.



Yang benar : Siti Azimah Binti Rupilen
https://www.facebook.com/ummusaifah

Biodata Penullis 30 Hari Mencari kehidupan

 Biodata Penulis: Ummu Saifah nama pena kepada Siti Azimah Binti Rupilen, anak perempuan kepada pasangan bahagia, En Rupilen @Rafle Naiman d...