1.1 Apa
itu diari?
Diari
dikenali sebagai buku catatan harian. Diari adalah barang peribadi yang tidak
boleh dibaca oleh orang lain kerana ia menyimpan rahsia yang sangat sulit
mengenai diri kita. Namun, apa itu diari produktif? Diari produktif adalah
diari yang boleh mendorong kita melakukan sesuatu kebaikan dan boleh menjadikan
kehidupan kita menjadi lebih baik dari semalam. Diari seperti ini wajar
dikongsi dengan semua orang.
Kenapa
diari penting dalam kehidupan kita?
Ia
umpama rekod bertulis untuk kita sentiasa perbaiki prestasi kehidupan kita dari
hari ke sehari. Jika zaman dulu, setiap peristiwa dicatat sebagai peristiwa
sejarah dan menjadi dokumentari untuk diambil pelajaran oleh manusia di masa
depan yakni sekarang.
Kalau
pernah melihat cerita detektif atau penyiasatan, cara cepat untuk menghabiskan
episod cerita penyiasatan adalah dengan menjumpai buku catatan peribadi mangsa
untuk menjejaki dalam sesuatu insiden yang tidak meninggalkan petunjuk.
Planner Vs Diari
Planner lebih kepada perancangan aktiviti, diari pula
lebih kepada coretan yang kita nak catat mengenai usaha dan cabaran kita dalam
melaksanakan perancangan kita. Dalam erti kata lain, kita perlukan diari dan
planner dalam hidup kita.
Tanpa planner kita
pening untuk memikirkan apa lagi aktiviti nak buat hari ini, atau pun kita
merasa banyak sangat perkara belum selesai tetapi tidak tahu mana nak buat
dulu. Tanpa diari pula kita akan lupa yang kita pernah hidup semalam.
Diari
dan Al-Quran
Ada satu
persamaan antara diari dan Al-Quran, iaitu digunakan untuk melihat
dan merenung ibrah dalam peristiwa yang sudah berlaku. Namun, konsep yang ingin
saya ketengahkan ialah, menggunakan diari sebagai alat bantu untuk mencatat
dan mentadabbur Al-Quran dengan sistematik dan konsisten.
Dalam
diari kita bebas mencatat apa sahaja. Tidak kisahlah diari kita dalam bentuk
kertas atau aplikasi. Sebagai Muslim, mengapa tidak kita jadikan Al-Quran
sebagai perkara wajib yang ada dicatat dalam diari kita? Sebelum membaca
Al-Quran, ada beberapa adab yang mesti dijaga.
No comments:
Post a Comment