Thursday, December 13, 2018

Ulasan Ebook Jana Pendapatan Sebagai Home Tutor

Tajuk: Ulasan Ebook Jana Pendapatan Sebagai Home Tutor
(http://janapendapatansebagaihometutor.blogspot.com)

Penulis: Rubiatul Addawiyah binti Zainir.

Ebook ini memberikan panduan kepada kita tentang cara untuk memulakan home tutor di rumah. Mungkin ada di antara kita yang ingin bekerja dari rumah tapi tidak berminat untuk menjual produk, bidang ini sangat sesuai untuk anda.

Bermula dari panduan asas, cara mengambil peluang, mengenai prospek dan cara memasarkan perkhidmatan kita sebagai home tutor. Penulis buku ini menggunakan pengalamannya sebagai perkongsian untuk para pembaca.

Sememangnya, home tuisyen adalah perkhidmatan yang tinggi permintaannya kerana, pusat-pusat tuisyen yang ada sekarang tidak ubah seperti sebuah kelas yang dipenuhi ramai murid. Sudah pasti ibu bapa akan berfikir dua kali untuk menghantar anak ke pusat tuisyen. Home tuisyen adalah lebih berfokus.

Jika anda adalah orang yang baru dalam bidang ini, maka ebook ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan wajib. In shaa Allah, anda akan menjadi lebih jelas dengan cara-cara mengusahakan home tutor anda sendiri. Semoga maju jaya!

Ulasan oleh: Siti Azimah Binti Rupilen
Penulis e-book Menanam Rutin Al-Quran (https://menanamrutinalquran.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment

Biodata Penullis 30 Hari Mencari kehidupan

 Biodata Penulis: Ummu Saifah nama pena kepada Siti Azimah Binti Rupilen, anak perempuan kepada pasangan bahagia, En Rupilen @Rafle Naiman d...