Thursday, December 13, 2018

Ulasan E-Book Menemui Camalie Di Tanah Lincoln

Tajuk Buku: Menemui Camalie Di Tanah Lincoln (http://menemuicameliaditanahlincoln.blogspot.com/)

Penulis: Amna Sofea

Alhamdulillah, buku ini sangat sesuai bagi mereka yang berjiwa travel. Selain banyak nama tempat yang disebutkan ia terselit pengisian-pengisian hati yang pasti melahirkan jiwa sedar akan kehambaan yang sepatutnya kita lahirkan untuk Tuhan Yang Maha Esa.

Ibrah perjalanan sangat besar sehingga dalam Al-Quran ada menyebutkan, berjalanlah/ bermusafirlah untuk melihat hikmah kejadian ALLAH. Lebih-lebih lagi jika tempat itu ada kaitan dengan kaum-kaum terdahulu.

Setiap orang ada ceritanya sendiri di dalam lipatan sejarah masa. Penulis menulis cerita hidup jerih payah seorang cleaner. Watak utamanya seorang tukang cuci yang bekerja di luar negara. Mereka berada di Lincoln. 

Saya teruja melihat kandungannya kerana setiap bab yang menghampiri 50 tajuk itu terselit banyak ibrah yang mengajar kita tentang makna kehidupan berkeluarga di perantauan. Anda pasti akan mengubah sudut pandang anda kepada seorang tukang cuci setelah membaca kisah ini!

Hargailah seorang tukang cuci di rumah anda, di pejabat atau di tempat awam. Mereka bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Mereka ini melakukan pekerjaan mulia. 

Ulasan oleh: Siti Azimah Binti Rupilen
Penulis e-book Menanam Rutin Al-Quran (https://menanamrutinalquran.blogspot.com/)



No comments:

Post a Comment

Biodata Penullis 30 Hari Mencari kehidupan

 Biodata Penulis: Ummu Saifah nama pena kepada Siti Azimah Binti Rupilen, anak perempuan kepada pasangan bahagia, En Rupilen @Rafle Naiman d...