Wednesday, December 19, 2018

Ulasan Pembaca

Ulasan 1

Al-Quran sebagai panduan utama umat Islam, kitab suci dan kompas kepada kehidupan, sangat perlu dijadikan pendamping utama setiap muslim.

Menerusi e-book ini, penulis berkongsi cara untuk kita melazimi Al-Quran dalam aktiviti seharian melalui panduan jalinan sinergi antara penulisan diari dengan ta'amul maal quran.

Antara topik yang diketengahkan dalah Diari Produktif Al-Quran, Disiplin Rutin Al-Quran, Strategi Istiqamah, Panduan Ibu Bapa dan Mendorong Anak.

Turut dikongsikan panduan jenis-jenis mushaf Al-Quran, cara bersahabat dengan Al-Quran dan adab asas ketika membaca Al-Quran.

Saya tertarik dengan topik Catatan Segera, iaitu dengan menggunakan sticky note untuk mencatat ayat Quran yang menarik minat kita untuk ditadabbur dan difahami dengan lebih mendalam. Ada masanya kita hanya sempat membaca ayat dan terjemahan sahaja tetapi tidak begitu memahami makna di sebalik ayat tersebut. Jadi tujuan sticky note tadi adalah untuk memudahkan kita merujuk kembali dan membuat catatan lanjut tentangnya.

Indahnya jika kita dapat menjadikan Al-Quran sebagai peneman setia setiap hari. Itulah antara tujuan e-book ini ditulis, semoga yang membacanya dapat meningkatkan kefahaman dan kecintaan terhadap Al-Quran dengan menanam rutin dan disiplin untuk membacanya.

Ulasan oleh Hifzaila Hafni, penulis e-book Kuasai Asas Suntingan (
www.kuasaiasassuntingan.blogspot.com)




Ulasan 2

Masya-Allah. Tabarak-Allah. Selepas membaca e-book Menanam Rutin Al Quran, saya merasakan perlu menghafal Al Quran sedaya upaya saya. Menjadikan Al Quran sebagai darah daging. Al Quran yang diturunkan kepada manusia umat Nabi Muhammad penuh keberkatan dari Allah. Alangkah ruginya jika saya melepaskan peluang ini. Melihat contoh-contoh penghafaz Al Quran dari sebuah rancangan dokumentari yang disebut di dalam e-book ini membuatkan diri insaf dan malu kepada Allah. Ya. Saya juga menangis seperti penulis sewaktu menonton dokumentari tersebut. 

E-book ini menguatkan lagi hasrat diri yang mahu anak-anak mencintai dan menjadikan Al-Quran sebagai rutin bacaan, memahami, mengambil pengajaran, menghafaz dan mengajarkannya juga kepada orang lain.

Ulasan oleh Faridah Yusof, penulis e-book Mendorong Anak Membaca (http://mendoronganakmembaca.blogspot.com)


No comments:

Post a Comment

Biodata Penullis 30 Hari Mencari kehidupan

 Biodata Penulis: Ummu Saifah nama pena kepada Siti Azimah Binti Rupilen, anak perempuan kepada pasangan bahagia, En Rupilen @Rafle Naiman d...