1.4 Contoh Penulisan Diari Produktif Al-Quran
Ringkasan Panduan Penulisan Diari ini:
1. Peruntukkan 1 juzuk setiap hari. Jika dalam bulan yang
ada 31 haribulan, kita boleh pilih mana-mana juzuk untuk dikaji pada hari itu.
2. Pemilihan ayat, boleh pilih mana-mana ayat yang dibaca,
atau didengar dalam juzuk tersebut. Contohnya, jika 2 haribulan, pilih
mana-mana ayat dalam juzuk 2. Boleh ambil selembar sekaligus, tiada masalah.
![]() |
Contoh penulisan diari Al-Quran
3. Masa Ideal Membuka Al-Quran:
·
Sebelum
atau selepas solat fardhu.
·
Ketika
menunggu giliran atau menunggu orang.
·
Ketika
mempunyai masa lapang.
·
Sebelum
tidur.
4. Catatan mengenai tajwid boleh disertakan jika sudah
mempelajarinya.
Khatam Al-Quran:
Mengkhatam Al-Quran adalah dengan membaca ayat Al-Quran
dalam bahasa Arab, bukan dengan terjemahan. Ada orang mengkhatam Al-Quran
sebulan sekali, ada yang dua bulan sekali atau ada yang 3 bulan sekali.
Setelah ada kemahiran membaca ayat Al-Quran dengan
bertajwid, kita cuba mengkhatamkankan Al-Quran mengikut kemampuan dan jika
boleh bermujahadah dan ada masa yang terluang teruskan pembacaan untuk khatam.
Berikut adalah cadangan jadual khatam (Menggunakan Al-Quran
Rasm Uthmani):
Sebulan sekali
|
Dua bulan sekali
|
Tiga bulan sekali
|
1 juzuk : 1 hari
|
1 juzuk : 2 hari
|
1 juzuk : 4 hari
|
Sebelum solat 2 m/s
Selepas solat 2 m/s
|
Sebelum solat 1 m/s
Selepas solat 1 m/s
|
Setiap kali sebelum atau selepas solat wajib baca 1 m/s
|
Baca sekali dengan maknanya.
|
||
Mulakan dengan Khatam 3 bulan sekali
|
Kebanyakan orang hanya akan
berusaha untuk khatam Al-Quran semasa bulan Ramadhan. Ia bagus, tapi lebih
bagus lagi jika kita menganggap setiap bulan adalah bulan Al-Quran. Maka dengan
itu, kedamaian yang kita dapati ketika bulan Ramadhan juga kita rasai pada
bulan-bulan lain. In shaa Allah.
![](file:///C:/Users/MdmLee/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image004.jpg)
Contoh senarai semak juzuk untuk
misi khatam Al-Quran
No comments:
Post a Comment