1.9 Gunakan
Mushaf Bertajwid
Kini, kita dimudahkan pada untuk membaca Al-Quran dengan
tulisan berwarna yang melambangkan hukum tajwid dalam ayat tersebut. Ia sangat
sesuai dengan masyarakat yang baru untuk menjinakkan diri dengan Al-Quran.
Jika
kita orang yang sudah mahir membaca Al-Quran, sama ada berwarna atau tidak kita
akan membacanya dengan lancar.
Gunakan mushaf Al-Quran yang ditulis menggunakan kaedah
Rasm Uthmani. Kerana tulisan selain Rasm Uthmani akan menyukarkan kita untuk
membacanya. Al-Quran diturunkan dalam 7 lahjah, maka tidak hairanlah
jika kita mendapati ada tulisan Al-Quran menggunakan kaedah lain dalam
penulisannya.
Saya menggunakan mushaf terjemahan yang mengandungi pedoman
khusus untuk wanita. Ibrah dan tokoh yang disebut di dalamnya semuanya
berkaitan dengan wanita. Hadith yang menghuraikan pengertian ayat juga
ditakhrijkan sahih dan bukan semberono.
Begitulah teliti para penjaga amanah
(khasnya jawatankuasa redaksi Karya Bestari) dalam pencetakan terjemahan
Al-Quran ini. Mereka menyiapkan naskah ini sehingga boleh digunakan oleh
pelbagai lapisan masyarakat umum.
Gunakan mushaf yang sama amat digalakkan untuk memudahkan
kita menghafal Al-Quran. Perbuatan menukar-nukar mushaf tidak digalakkan kerana
ia akan menjejaskan kualiti hafalan.
No comments:
Post a Comment