1.8 Catatan Segera
Penulis mendapat tips ini daripada sahabat solehah bernama
Ustazah Maslina Rosdi. Beliau banyak mengajar kami dalam membaca Al-Quran.
Catatan segera ini antara satu proses kita mencatat
maklumat ibrah atau apa-apa catatan tadabbur dari Al-Quran terjemahan sebelum
dipindahkan ke blog. Catatan ini menggunakan sticky note atau nota
berpelekat. Contohnya, kita mentadabbur satu ayat, dan ayat tersebut ada ibrah
penting yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.
Dengan menggunakan sehelai nota berpelekat, catat dan
tampal pada muka surat ayat itu berada. Apabila tiba masa untuk mencatat diari,
kita akan masukkan juga ayat itu ke dalam diari. Barulah kita mencari tafsir
mengenainya.
Tips menggunakan teknik ini:
1. Gunakan mushaf Al-Quran terjemahan.
2. Bawalah mushaf ini ke mana-mana kecuali ke dalam tandas.
3. Nota berpelekat dan pen mesti ada bersama.
Ihsan Gambar daripada Google
Image
Walau berkali-kali kita membaca Al-Quran, pasti kita akan menjumpai
sesuatu yang baru sehingga kita tidak mudah bosan untuk mengkaji isi
kandungannya. Itulah mukjizat Al-Quran.
Ilmu untuk merungkai tafsir ayat Al-Quran ada banyak. Mana
mungkin kita akan menjumpai penamat untuk mempelajari Al-Quran dalam hidup ini.
Biarlah setiap hari kita berteman dengan Al-Quran, hasilnya Al-Quran akan
menemani kita walaupun ke dalam kubur dan sehingga Hari Akhirat.
No comments:
Post a Comment