1.6 Ibadah Paling
Utama Bersama Al-Quran
Antara membaca dan mendengar Al-Quran,
membaca Al-Quran adalah lebih afdhal. Hal ini kerana apabila kita membaca Al-Quran,
setiap huruf akan diganjari 10 pahala. Jika 10 huruf, 100 pahala dan
seterusnya. Mendengar Al-Quran juga satu pekerjaan yang baik dan mendekati taqwa
kerana seolah kita sedang mendengar nasihat-nasihat dari Ilahi.
Ada satu jenaka dari seorang pensyarah
mengenai isu membaca Al-Quran atau mendengar Al-Quran. Kata beliau, “Jika
kamu suka mendengar Al-Quran dari telefon pintar dari membacanya, kelak,
telefon pintar itu akan duduk syurga yang lebih tinggi dari kamu..”
Kata-kata ini di sambut dengan gelak ketawa dari para pelajar.
Syarat untuk mendengar alunan bacaan
Al-Quran mestilah dalam keadaan tenang dan tidak ada bunyi bising yang
mengganggu pembacaan itu. Sering terjadi ketika kita mendengar bacaan Al-Quran,
kita sesekali terganggu dengan perbualan, atau kita kurang fokus terhadapnya
kerana melakukan pekerjaan lain.
Apabila Makna Al-Quran Difahami
Kelebihan orang yang mempelajari bahasa
Arab ialah dapat memahami ayat Al-Quran dengan hanya mendengar. Contohnya ada
imam yang menangis kerana tersentuh hati dengan ayat yang dibaca ketika solat.
Ada baiknya ketika membaca ayat tentang
manusia ingkar, mohonlah perlindungan dari Allah. Sebaliknya, ketika sampai
ayat-ayat menyebut nikmat, kita perlu berdoa ketika itu juga supaya nikmat itu
Allah limpahkan kepada kita jua.
Sama juga ketika membaca ayat mengenai
tentangan orang kafir terhadap dakwah Rasulullah SAW kita perlu meletakkan diri
kita sebagai orang yang hidup pada zaman itu, pasti bergetar jiwa mengenangkan mengenang
keperitan perjuangan dakwah RasulNya. Kita akan bersungguh-sungguh mempelajari
dan mengamalkan sunnahnya.
Nilai Kefahaman dan Respon Terhadapnya
Di sinilah terletaknya kepentingan
mencatat dapatan hasil kefahaman atau tadabbur kita dengan ayat Al-Quran. Kita
perlu mencatat setiap ibrah yang kita dapat dari Al-Quran supaya menguatkan
kita untuk beramal dengannya.
Cara penulisan diari Al-Quran tidak
terhad kepada yang telah ditunjukkan dalam buku ini. kita masih bebas
menentukan cara penulisan catatan tentang Al-Quran yang kita mahukan.
Kongsikanlah bersama keluarga setiap
makna ayat yang kita temui di dalam Al-Quran. Berbincanglah dengan guru tafsir kita
mengenai makna tersirat yang terdapat di dalam ayat tersebut. Lihatlah
penjelasan sunnah bagaimana untuk beramal dengan ayat-ayat itu.
No comments:
Post a Comment