1.5 Memahami Tujuan
Al-Quran
Mengenal Asas Kehidupan
Allah berfirman, dalam surah
Al-Hijr, Ayat 28 maksudnya, “Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman
kepada para malaikat, “Sesungguhnya, Aku akan menciptakan seorang manusia daripada
tanah liat kering dan lumpur hitam yang diberi bentuk.”
Kita diciptakan untuk menjadi
seorang manusia. Bukan menjadi malaikat atau syaitan. Malah, tugas dan fungsi
manusia berbeza dengan malaikat dan syaitan. Oleh kerana itu, ketahuilah
bahawa Allah SWT telah memberikan kepada kita manual panduan berbentuk kitab Al-Quran
untuk kembali ke Akhirat dengan selamat.
Pun begitu, kewujudan Al-Quran
setelah berlalu banyak generasi dalam dunia sebagai mukjizat Rasul terakhir,
Nabi Muhammad SAW. Ini bermaksud dakwah para rasul terdahulu disimpulkan ke
dalam isi Al-Quran dan sebagai pengajaran dan panduan penting kepada kita untuk
menjalani kehidupan di dunia.
Al-Quran telah menceritakan
tentang dakwah para Anbiya terdahulu. Seruan dakwah mereka adalah untuk
mengajak manusia menyembah Allah SWT dan menolak perbuatan syirik kepadaNya. Kaum
yang ingkar telah diberikan azab dahsyat. Sudah banyak kaum yang mengingkari
dakwah para utusan Allah ini dihancurkan sekelip mata melalui banjir besar,
gempa bumi, ada juga dengan hanya satu teriakan yang dahsyat.
Fungsi Dan Tujuan Penciptaan
Manusia
Mari kita renungi surah
Al-Baqarah, ayat 30. Intipati ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan
untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi. Manakala, Surah
Al-Dhariat, ayat 56 menegaskan bahawa Allah menciptakan manusia supaya
beribadah kepada-Nya.
Misi manusia hidup di dunia amatlah berbeza dengan malaikat
dan syaitan. Malaikat dicipta dengan unsur taqwa. Para malaikat akan sentiasa
beribadah. Syaitan pula setelah dikeluarkan dari Syurga akibat dari
kesombongannya dan akan sentiasa mengajak kepada kejahatan.
Rumusannya ialah, khalifah
adalah ditugaskan mentadbir dunia mengikut lunas-lunas yang diingini oleh
Allah. Memastikan kehidupan di dunia ini termasuk manusia, binatang, alam
sekitar berada dalam keadaan yang makmur. Semua panduan ini ada dalam Al-Quran.
Manakala, menjadi hamba yang
beribadah adalah untuk mewujudkan hubungannya dengan Allah SWT. Hamba Allah
yang baik adalah mereka yang meletakkan pergantungannya hanya kepada Allah,
kerana itu mereka mengabdikan diri kepadaNya.
Penulis
mendapat ilham ini selepas mendengar pengajian "Membumikan Al-Quran" – Pengajian Ust Adi
Hidayat Lc,MA, Akhyar Tv.
No comments:
Post a Comment