Menulis Diari
Mulai hari ini, mari kita memahami Al-Quran dan mencatat
segala ibrah Al-Quran di dalam diari. Kita namakan diari ini sebagai Diari
Al-Quran. Untuk itu, kita perlu menggunakan Al-Quran terjemahan. Mungkin ini aktiviti
yang janggal namun, setelah membuatnya, kita akan berasa seronok.
Waktu Sesuai Menulis Diari ini
Masa terbaik untuk mencatat isi-isi penting Al-Quran ke
dalam diari ialah ketika bersendirian. Kita akan memuhasabah mengenai isi
penting tersebut dan kaitannya dengan diri kita. Aktiviti ini akan mendorong
kita untuk sentiasa mengkaji tafsir dan sebagainya untuk memahami konteks
sebenar ayat tersebut.
Semasa mengkaji tafsir ayat, kita boleh bertanya kepada
guru-guru tafsir yang kita kenal, atau menggunakan tafsir Al-Quran berbahasa
Melayu seperti tafsir Al-Azhar tulisan Ulama Nusantara, Buya Hamka.
Selain itu, ramai para asatizah yang mengambil inisiatif
untuk memuat naik ceramah atau kuliah tafsir mereka ke Youtube.com dan telah
menjadi trend penyampaian maklumat masa kini.
Saya berkenalan dengan dunia tafsir daripada Slot Tafsir di
Ikim.fm.Ketika itu penyampainya ialah Ustaz Zahazan Mohamed. Selepas beliau
bersara, diganti pula oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman. Ustaz Syaari mempunyai
Akademi Sinergi Ikhlas yang sentiasa komited menganjurkan program seminar Ibrah
daripada Al-Quran.
Penyampai kuliah tafsir dari luar negara, seperti Ustaz Adi
Hidayat, Nouman Ali, dan sebagainya juga bagus untuk dijadikan rujukan.
Walau dengan siapa pun kita rujuki, sumber maklumat yang
kita dapat perlu ditulis untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Jika
menjumpai percanggahan maklumat, segera merujuk dengan orang yang lebih arif.
Perkara yang akan ditulis di dalam diari:
1. Terjemahan/Intipati Ayat Al-Quran
2. Hasil kefahaman daripada intipati di atas.
3. Kajian tafsir spesifik ayat
4. Sumber dapatan tafsir ayat berkenaan.
Perhatian!
Dalam terjemahan Al-Quran ada ayat yang dipanggil ayat ‘Mutasyabbihaat’.
Ayat ini menggunakan terjemahan secara zahir. Contohnya pada ayat yang menerangkan
tentang ‘anggota’ Allah seperti tangan dan wajah.
Kita perlu mendengar tafsir yang benar tentangnya, jika
ada. Jika tiada kita hanya beriman bahawa ‘tangan’ Allah dan ‘wajah’ Allah
tidak sama dengan makhluknya. Dilarang sama sekali untuk memikirkan persamaan
tentang Allah Azza Wajalla dan Makhluk Allah. Maha Suci Allah dari segala
sesuatu.
No comments:
Post a Comment