1. 10 Sentiasa Luruskan Niat
Dalam menyusun waktu sehari-hari, kita merasakan bahawa
masa kita terlalu padat. Sebenarnya kita boleh mengatur masa kita mengikut
keutamaan. Kerana itulah kita mendapatkan buku ini untuk mencari celah mana
untuk menyisipkan agenda Al-Quran dalam kehidupan.
Saya terkesan dengan firman Allah SWT apabila kita
mengatakan bahawa "kami sudah terlalu sibuk" sesungguhnya
Allah menjawab,
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah(dengan menjalankan perintah-Nya). Dan sesiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi", Al-Munaafiqun ,ayat 9.
Dalam buku 9 Metode Menghafal Al-Quran, karya
Majdi Ubaid al-Hafidz ada mengulas tentang realiti manusia yang hidup hanya
untuk sekadar hidup. Mereka tidak lagi bergantung dengan Al-Quran sehingga
sering mengeluh tentang kesempitan hidup. Antara masalah mereka adalah ekonomi,
masalah akhlak kalangan anak-anak, namun mereka masih tidak kembali kepada Al-Quran.
Cuba renungi ayat ini,
"Dan barangsiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku,
maka sesungguhnya, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan
mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan yang buta." QS. Taahaa, ayat 124.
Ibnul Qayyim berkata, "maksud peringatan di sini
adalah Al-Quran."
Al-Quran adalah penyelesaian untuk umat manusia, kembalilah
merujuk kepadanya. Firman Allah,
"...Dan kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk
menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira
bagi orang yang berserah diri" QS.
Al-Nahl, ayat 89.
Perbaharui Niat
Oleh itu, sebelum kita merutinkan Al-Quran dalam hidup
kita, mari kita perbaiki diri dan niat kita dalam setiap aspek pekerjaan.
Amalkan doa dari al-Mathurat ini:
Gambar ihsan google
Memperbaiki Diri
Kita mesti memperbaiki diri dari sudut hubungan kita dengan
Allah SWT dan hubungan kita dengan manusia. Jadikan Rukun Islam dan Iman
sebagai panduannya.
In shaa Allah, dengan rahmat Allah SWT, apabila kita
berusaha untuk mendekati Al-Quran, kita akan mendapati diri kita menjadi lebih
baik daripada sebelum ini. Begitu juga jiwa kita akan menjadi lebih tenang dan
tenteram menjalani hidup.
Perbaiki juga komunikasi kita sesama insan lain. Hiasi lagi
perwatakan kita dengan akhlak mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW.
No comments:
Post a Comment