Al-Quran sebagai panduan utama umat Islam, kitab suci dan kompas kepada kehidupan, sangat perlu dijadikan pendamping utama setiap muslim.
Menerusi e-book ini, penulis berkongsi cara untuk kita melazimi Al-Quran dalam aktiviti seharian melalui panduan jalinan sinergi antara penulisan diari dengan ta'amul maal quran.
Antara topik yang diketengahkan dalah Diari Produktif Al-Quran, Disiplin Rutin Al-Quran, Strategi Istiqamah, Panduan Ibu Bapa dan Mendorong Anak.
Turut dikongsikan panduan jenis-jenis mushaf Al-Quran, cara bersahabat dengan Al-Quran dan adab asas ketika membaca Al-Quran.
Saya tertarik dengan topik Catatan Segera, iaitu dengan menggunakan sticky note untuk mencatat ayat Quran yang menarik minat kita untuk ditadabbur dan difahami dengan lebih mendalam. Ada masanya kita hanya sempat membaca ayat dan terjemahan sahaja tetapi tidak begitu memahami makna di sebalik ayat tersebut. Jadi tujuan sticky note tadi adalah untuk memudahkan kita merujuk kembali dan membuat catatan lanjut tentangnya.
Indahnya jika kita dapat menjadikan Al-Quran sebagai peneman setia setiap hari. Itulah antara tujuan e-book ini ditulis, semoga yang membacanya dapat meningkatkan kefahaman dan kecintaan terhadap Al-Quran dengan menanam rutin dan disiplin untuk membacanya.
Ulasan oleh Hifzaila Hafni, penulis e-book Kuasai Asas Suntingan (www.kuasaiasassuntingan.blogspot.com)
Ulasan 2
Masya-Allah. Tabarak-Allah. Selepas membaca e-book
Menanam Rutin Al Quran, saya merasakan perlu menghafal Al Quran sedaya upaya
saya. Menjadikan Al Quran sebagai darah daging. Al Quran yang diturunkan kepada
manusia umat Nabi Muhammad penuh keberkatan dari Allah. Alangkah ruginya jika
saya melepaskan peluang ini. Melihat contoh-contoh penghafaz Al Quran dari
sebuah rancangan dokumentari yang disebut di dalam e-book ini membuatkan diri
insaf dan malu kepada Allah. Ya. Saya juga menangis seperti penulis sewaktu
menonton dokumentari tersebut.
E-book ini menguatkan lagi hasrat diri yang mahu
anak-anak mencintai dan menjadikan Al-Quran sebagai rutin bacaan, memahami,
mengambil pengajaran, menghafaz dan mengajarkannya juga kepada orang lain.
Ulasan
oleh Faridah Yusof, penulis e-book Mendorong Anak Membaca (http://mendoronganakmembaca.blogspot.com)